Pengkhususan Perusahaan reroti

Tart Telur (barang bakar khusus) Carquinyolis, variasi Catalan biscotti, dibuat dengan badam penuh atau badan terhiris Kek Cawan Strawberi (barangan bakar khusus) Kedai roti kalakukko Hanna Partanen di Kuopio, Finland

Sesetengah perusahaan reroti menyediakan perkhidmatan untuk majlis khas (seperti perkahwinan, ulang tahun, parti hari jadi, acara rangkaian perniagaan, dsb.) atau produk bakar yang tersesuai untuk orang yang mempunyai alahan atau sensitif terhadap makanan tertentu (seperti kekeras, kacang tanah, tenusu atau gluten, dsb.). Perusahaan reroti boleh menyediakan pelbagai reka bentuk kek seperti kek lembaran, kek lapis, kek perkahwinan, kek bertingkat, dsb. Sesetengah perusahaan reroti yang lain pula mungkin pakar dalam produk bakar jenis tradisional atau jenis buatan tangan yang terhasil melalui pengadunan tepung kisar tempatan, tanpa agen peluntur tepung atau agen rawatan tepung, dan jenis roti tersebut kadangkala dikenali sebagai rotiartisan.[2]